Powered By Blogger

Sunday, 8 January 2012

berita baik...

Ekonomi

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns


2012/01/07

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank. 

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.
Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.
Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global. 

“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu. 

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu. 

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan. 
Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu. 

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA 

Saturday, 7 January 2012

tips pelaburan emas...manfaatkan

Salam Sejahtera ayie,Apa khabar ?
saya harap anda sihat dan ceria selalu...
 
Macamana dengan email yang saya hantar
2 hari yang lepas? harap info yang diberi
dapat membantu anda membuat pelaburan
yang bijak.
 
Hasil daripada pemerhatian saya sepanjang bergiat
dalam bidang perniagaan emas ini, ramai yang bertanyakan soalan
seperti ini,
berbaloikah berhutang untuk membeli emas? kepada saya.
Jawapan saya semestinya "Berbaloi-baloi!!"
 
Saya dedahkan rahsianya kepada anda,

TEKNIK BELI & SIMPAN

Adakah anda pernah menyesal dan memikirkan risiko kerugian
yang bakal dihadapi apabila anda berhutang utntuk membeli
sesuatu yang susut nilai seperti kereta, TV, sofa, peti ais dll...?

Mungkin anda tidak terlalu bimbang akan risiko kerugiannya
kerana anda dapat memanfaatkan kemudahannya
dalam kehidupan seharian.

Tetapi mengapa anda terlalu bimbang untuk berhutang bagi
tujuan pembelian sesuatu yang meningkat nilainya seperti emas?
Bukankah pemahaman anda berkenaan pengurusan
kewangan dan risiko sudah terbalik?

Saya berikan contoh, anda berhutang RM 100,000 daripada bank
dan kesemuanya anda gunakan untuk membeli emas
bagi tujuan pelaburan.

Ambil kira purata kenaikan emas tahunan sekitar 25%,
hanya selama 4 tahun sahaja anda telah menggandakan
wang RM 100k itu tadi. Nah, anda dah boleh jualkan sebahagiannya,
dan bayar semula pinjaman RM 100k yang anda
gunakan sebagai modal tadi.

Kini anda telah memiliki sejumlah emas bernilai RM 100k secara PERCUMA!!
 
Jika tempoh masa kenaikan harga emas agak perlahan sekalipun
ataupun istilahnya 'Worst Case Scenario', mungkin purata kenaikannya
hanya sekitar 15% setahun, anda hanya memerlukan tempoh masa
selama 7 tahun untuk menggandakan nilainya!!

Jika anda membuat loan ASB sebanyak RM 100k selama 20 tahun,
jumlah bayaran bulanannya adalah lebih kurang sama dengan
jumlah bayaran untuk Personal Loan sebanyak RM 100k
bagi tempoh 20 tahun.

Tetapi boleh kah pelaburan di ASB menggandakan modal asal
anda dalam tempoh masa 4-7 tahun sahaja?

Jika anda menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan
pada tahun2 berikutnya, bermakna anda hanya akan mendapat
RM 100k selepas tempoh matang selama 20 tahun itu.

Cuba anda tukarkan konsep itu dengan membuat Personal Loan
dan membeli emas, dalam jangkamasa 20 tahun agak2 berapa
kilo emas yang dapat anda kumpulkan?

Mengapa saya menasihatkan Personal Loan selama 20 tahun?

Walaupun interestnya agak tinggi, tetapi bayaran bulanannya
adalah rendah, dan kita perlu mengambil kira sekiranya berlaku
keadaan 'Worst Case Scenario', maka kita tidak akan terbeban
untuk meneruskan bayaran bulanan untuk jangkamasa beberapa tahun lagi,
 
itulah rasionalnya!!

Jangan dirisaukan tahun yang panjang kerana anda telah
merancang untuk menyelesaikannya dalam jangkamasa yang lebih awal.
Jangan dibimbangi akan kadar interest yang tinggi, kerana
kadar yang tinggi hanya akan dirasai dalam jangkamasa yang panjang
dan ianya juga agak berbaloi untuk membayar interest yang agak
tinggi sedikit bagi jangkamasa 20 tahun kerana
kesannya anda dapat membuat backup plan untuk pelaburan anda
sekiranya berlaku situasi2 diluar jangkaan.

TEKNIK LEVERAGING & COMPOUNDING 
Katakan pula jika anda menggunakan konsep Leveraging & Compounding
mengikut perkiraan berikut :
 
1- Beli emas RM 100k
pajak dapat RM 70k
 
2- Beli lagi emas RM 70k
pajak dapat RM 49k
 
Cukup sampai setakat itu sahaja, baki di tangan RM 49k
standby untuk bayaran upah simpan selama 4 tahun (Jika kadar upah 0.6%). 
 
Jadi sekarang nilai emas anda adalah sebanyak RM 170k
dan anggarkan dalam "Worst Case Scenario", iaitu kenaikan tahunan hanya 15% sahaja.
 
Tahun 1 - RM 170,000 x 15% = RM 25,500 (Nilai emas anda telah menjadi RM 195,500)
Tahun 2 - RM 195,500 x 15% = RM 29,325 (Nilai emas anda telah menjadi RM 224,825)
Tahun 3 - RM 224,825 x 15% = RM 33,723 (Nilai emas anda telah menjadi RM 258,548)
Tahun 4 - RM 258,548 x 15% = RM 38,782 (Nilai emas anda telah menjadi RM 297,330)
 
Cari pembeli dan jualkan emas anda sekadar untuk menebus semua emas dengan membayar semula pinjaman sebanyak RM 119,000 dari Ar-Rahnu (RM 70,000 + RM 49,000). 
 
Setelah anda membayar semula RM 119,000 kepada Ar-Rahnu, kini nilai bersih emas di tangan anda ialah sebanyak RM 178,330.00!!!!
 
Untuk langkah seterusnya anda boleh pilih samaada :
 
a) Pajakkan semula dan gunakan tunai hasil pajakan itu untuk menjelaskan
pinjaman modal RM 100k kepada bank.
 
---->> Kelebihannya - anda masih mempunyai emas bernilai RM 178,330.00
---->> Kekurangannya - anda perlu merancang semula bagaimana mahu membayar upah simpan
 
 
b) Jualkan emas yang bernilai RM 100k dan jelaskan kesemua hutang modal anda kepada bank.
 
---->> Kelebihannya - anda mempunyai aset emas bersih bernilai RM 78,330.00 secara percuma.
---->> Kekurangannya - anda kehilangan peluang menggandakan nilai pelaburan anda kepada jumlah yang    lebih besar.
 
Jika dikira secara logik, 15% x 4 tahun = 60%, jadi sepatutnya pada tahun ke-4
nilai emas anda hanyalah RM 160,000.00 sahaja.
 
Tapi jika anda mengurusnya secara bijak menggunakan konsep
Leveraging & Compounding, % pulangan yang anda perolehi pada tahun ke-4
mencecah 197.33%, sekaligus menjadikan nilai pelaburan anda pada ketika itu
menjadi RM 297,330.00!!!
 
Ini hanya dalam tempoh 4 tahun dan pengiraannya adalah berdasarkan
keadaan "Worst Case Scenario", bagaimana jika dalam
keadaan "Good Market Scenario" seperti keadaan sekarang ini?
 
Agak2 berapa profit margin selama tempoh 4 tahun itu?
 
Saya fikir anda sendiri boleh mempertimbangkan sama ada berbaloi
atau tidak jika membuat pinjaman untuk pelaburan emas fizikal!!
 
Jika anda ingin membuat pinjaman peribadi dengan bank Ar-rajhi dan Bank Islam,
anda boleh hubungi saya, saya sedia membantu anda..
 
Email akan datang berkaitan dengan STOK, anda tahu apa itu STOK?
kalau tak tahu, anda WAJIB baca email yang akan datang..tunggu...
 
Emas merupakan magnet Kekayaan !!!
 
Terima Kasih,

yusri gold invester....

Wednesday, 4 January 2012

kenapa emas


Pengenalan perniagaan emas offline dan Ar-Rahnu: Maklumat berkaitan jual beli emas biasa dan pelaburan Ar-Rahnu
Kenapa Emas?
Ya…kenapa beli emas, trend kini ramai yang berbicara tentang melabur emas sana sini. Tetapi apa kegunaan utama emas sebenarnya? emas adalah penampang matawang, penampang inflasi atau penampang kepada kejatuhan nilai aset-aset yang lain contohnya  nilai hartanah, simpanan aset asing atau kejatuhan pasaran saham.
Nilai intrisic emas bukan hanya kerana ia logam, atau sebagai bahan pembuatan industri atau ia boleh dimakan atau juga sebagai tempat untuk berlindung ketika hujan. Tetapi emas mempunyai sifat yang lebih unik iaitu ia adalah “Matawang!”
Emas adalah matawang yang tetap sejak berabad-abad lalu kerana sifatnya yang lengkap untuk menjadi “matawang”, sifat ini tidak pada pada semua material lain didunia. Contohnya, air dan makanan memang lebih penting untuk survival berbanding emas tetapi selepas keperluan asas ini cukup, masyarakat memerlukan suatu cara untuk berurusniaga. Memang sukar untuk membayangkan jika sistem barter masih diamalkan hari ini. Berapa banyak beras perlu kita bawa untuk menukar seekor lembu, atau lori, atau iphone. Atau berapa banyak bahagian perlu kita potong dari lembu untuk membeli tutti frutti. Jadi satu “material” diperlukan untuk memudahkan urusniaga.
Apa yang perlu ada pada suatu material untuk layak digunakan menjadi matawang, lihat list dibawah
  • Ia mesti tahan lama, tidak mudah terurai, tidak reput, tidak terbang dan tidak berkarat etc
  • Ia mesti mudah untuk disimpan dan dibawa. Walaupun emas berat, emas sangat padu dan boleh disimpan dengan selamat dalam pelbagai bentuk muka bumi, ia juga mudah dibawa kerana nilainya yang tinggi walaupun amaunnya kecil
  • Ia mesti boleh dipecah kepada saiz-saiz yang kecil untuk memudahkan urusniaga kecil. emas boleh ditempa menjadi senipis syiling dan sebesar bata. membuatkan ia mudah untuk digunakan semasa  jual beli walaupun dalam urusniaga kecil.
  • Ia mestilah “jarang” dan tidak boleh dicipta kerana jika ada pihak yang boleh mencipta emas untuk menampung perbelanjaan mereka, maka akan ada berbilion-bilion tan emas didunia dan ini mengakibatkan nilai emas jatuh. Pernah ketika dulu, Negara jepun mencetak berjuta-juta duit pisang untuk kempen peperangan mereka akhirnya nilainya jatuh dan bertukar menjadi kertas toilet, begitu juga dengan apa yang berlaku pada pasaran dunia sekarang. Kerajaan US telah mencetak berjuta-juta dollar USD sesuka hati mengakibatkan seluruh dunia mengalami krisis ekonomi dan hampir memufliskan negara US sendiri.
Sejak beberapa tahun yang lalu, nilai wang kertas bersandar kepada emas telah meningkat kembali, bank-bank negara mula menyimpan emas bagi menampung pengeluaran duit kertas mereka contohnya jika Bank Negara Malaysia berniat untuk mencetak lebih banyak kertas ringgit, mereka perlu membeli lebih banyak emas supaya dapat menampung tukaran ringgit pada masa akan datang. Jadi emas adalah pelaburan yang selamat dan terus bernilai sehingga kiamat.
Bagaimana jual beli emas dilakukan?
Jual beli emas boleh dilakukan dimana-mana dan pada bila-bila masa. Biasanya urusniaga emas kelihatan bermusim, contohnya ketika menyambut hari raya, musim perkahwinan atau awal bulan ketika gaji baru masuk. Tetapi akhir-akhir ini lebih ramai berminat dengan pelaburan emas kerana kenaikannya yang mencecah  hampir 50% mengatasi pelaburan konservatif lain spt ASB, Tabung Haji dan Unit Amanah. Jadi urusniaga emas berlaku setiap hari dan tumpuannya di Ar-rahnu seperti Agrobank, Bank Rakyat, Ar-rahnu exchange etc
Salah satu sebab kenapa ramai pelabur memajak emas adalah kerana modal yang dikeluarkan pelabur rendah, pelabur dapat membeli lebih banyak gram emas dengan modal yang kecil. contohnya, jika pelabur membeli 100gram emas, sekurang-kurangnya perlu membayar RM20,000 ringgit, tetapi dengan menggunakan sistem Ar-Rahnu, pelabur hanya mengeluarkan modal ~RM7,000.00 untuk membeli 100gram emas.
Adakah ini menguntungkan? ya. keuntungan emas bersandar kepada volume, contohnya, apabila harga emas naik RM10/g dikali dengan berat 100gram, pelabur boleh mendapatkan untung RM1000. jika dikali dengan 10gram maka hanya dapat RM100. Jadi volume yang besar 500g contohnya jika harga naik RM2/g sekalipun, pelabur boleh untung RM1000. (500g x 2/g)
Apakah Sistem Ar-Rahnu?
Sistem Ar-Rahnu adalah sistem pajak gadai secara islam yang diperkenalkan di Kelantan dan digunapakai oleh syarikat perbankan dan koperasi untuk menyediakan skim pajakan islamik. Sistem ini menguntungkan kedua-dua pihak, buktinya pada 2010, Bank Rakyat mampu memberi bonus 14 bulan kepada pekerjanya, Cawangan Agrobank yang sebelum ini lesu kini  dibuka disemua daerah, nafas beberapa koperasi yang dulu tenggelam kini timbul semula dengan bercambahnya Ar-Rahnu Exchange di setiap tempat.
Sistem Ar-Rahnu mengikut lunas Islam jadi tiada timbul penganiayaan kepada penggadai seperti
  • kadar upah simpannya sangat rendah sekitar 0.75% sahaja sebulan berbanding pajak konvensional (2%)
  • pajakan yang tidak ditebus akan dilelong dan pihak ar-rahnu hanya mengambil pinjaman mereka dan sedikit upah simpan, bakinya akan dipulangkan.
  • Ini berbeza dengan cara pajak gadai konvesional yang lebih kepada penganiayaan, contohnya, sekiranya tidak ditebus dalam masa 6 bulan, barang akan ditarik dan baki tidak dipulangkan
  • Sistem Ar-Rahnu lebih menguntungkan pelabur kerana upah simpannya yang rendah dan selamat. Selain itu, sistem “overlap” atau memperbaharui surat juga turut disediakan.
Bagaimana sistem overlap a.k.a memperbaharui surat?
Memperbaharui surat atau biasa disebut “overlap” boleh dilakukan dengan pemajak membawa surat asal “original” ke ar-rahnu dan ditukar kepada surat baru , maksudnya harga emas pada surat lama akan diperbaharui kepada harga emas terkini. contoh;
Surat Lama Tarikh 1/6/2011Surat Baru Tarikh 1/12/2011Nota
  • Harga per gram : RM170/g
  • Harga total : RM17,000
  • Pinjaman: RM11,900
  • Modal: RM5,100
  • Harga pergram: RM200/g
  • Harga total: RM20,000
  • Pinjaman: RM14,000
  • Upah Simpan: RM765
  • (Harga Baru – Harga Lama ) = Balance
  • Balance – Upah Simpan = Untung
Contoh pengiraan seperti dibawah
a)RM20,000 – RM17,000 = RM3000
b)RM3000 – RM765 = RM2,235
RM2,235 untung diserahkan kepada pelabur surat pajak diperbaharui untuk tempoh 6 bulan lagi.
Pemajak hanya perlu ke kaunter Ar-Rahnu dengan membawa surat pajakan dan meminta untuk dinilai semula, pihak Ar-Rahnu akan mengira perbezaan harga emas dulu dan kini, dan kemudiannya membayar secara tunai kepada pelanggan setelah menolak upah simpan.
*upah simpan tidak perlu dibayar setiap bukan, cukup 6 bulan, sila ke Arrahnu untuk overlap.
Bagaimana melihat dan menentukan harga emas?
Harga emas ditentukan mengikut index emas dunia, harga naik dan turun setiap hari, index emas pula berubah setiap saat, untuk melihat harga emas terkini bagi sila ke laman ini (click here) atau untuk melihat graf harga emas (click here) . Untuk menjangka berapa harga emas esok sangat mustahil kerana harga emas bergantung kepada beribu faktor samada politik, pasaran saham, tukaran matawang, kenaikan harga minyak, tragedi seperti tsunami, gempa bumi dan pelbagai lagi. Tetapi untuk tempoh masa panjang dan sederhana, patern atau trend samada “bullish” atau “bearish” boleh dijangka pada graf 2 tahun, 5 tahun atau 10 tahun.

jual beli emas

salam pada semua ....

pengumuman..!!!



pembelian emas terpakai pada harga tinggi...

membeli emas terpakai (emas fizikal ) dalam apa juga bentuk..
cth:- gelang,rantai ,ciicin, subang dan sebagainya..

sila post ke link sy untuk urusan selanjutnya


Jual Beli Emas

Dijamin Pulangan yang tinggi untuk emas anda!!
SayangEmas adalah tempat yang paling selamat dan paling tepat untuk menjual emas anda.
Jual Emas
Jual EmasPembeli emas Profesional selalunya membeli dan menjual emas setiap hari. Namun, selalunya mereka tidak mempunyai maklumat dengan dunia jualan emas dan pasaran emas. Mengapa mereka menjual emas? Lebih penting lagi, bagaimana mereka menjual emas? Untuk kebanyakkan orang, pasaran emas mungkin nampak mengelirukan. Apa yang menyebabkan harga emas untuk turun, dan apa yang menyebabkannya naik. Apakah waktu yang sesuai utuk menjual emas and membeli emas. Emas dikenali sebagai komoditi, suatu produk yang boleh dibeli dan dijual. Harga emas cenderung naik di saat ketidakpastian ekonomi. Pada masa ini, ia merupakan masa yang sesuai untuk untuk menjual emas.
Mengapa Jual EmasSelalunya kita berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentukan. Pada masa yang sama pula, harga emas naik dan turun bergantung pada keadaan pasaran. Ada orang menjual emas untuk membuat bayaran rumah, membuka perniagaan baru dan ada yang menjual emas pada masa yang nampaknya sesuai.
Menyimpan Emas
Menyimpan emas selalu menjadi idea yang baik, terutamanya apabila harga emas sudah naik. Baru-baru ini harga emas telah meningkat, dan merupakan masa yang sesuai untuk menjual emas. Ribuan Malaysia memilih untuk menjual emas kepada kami.
Cara Menjual EmasKami mempunyai cara yang mudah untuk anda menjual emas dengan tunai. SayangEmas mempunyai pengalaman bertahun-tahun untuk membeli emas dan penjualan emas dengan kami mudah. Hanya hubungi kami atau dating ke kedai kami dan pembayaran akan dilakukan secara tunai selepas perjanjian selesai.
Masa Yang Sesuai Jual Emas
Setiap orang harus melihat situasi mereka sendiri untuk menentukan sama ada mereka harus menjual emas. Tidak ada yang memiliki bola kristal untuk mengetahui secara pasti apakah harga emas adalah akan turun ataupun meningkat. Akan tetapi, yang kita tahu adalah bahawa harga emas berada pada 20 tahun lebih tinggi. Jika anda memilih untuk menjual emas, SayangEmas adalah jawapannya. Dengan harga emas berhampiran 25 tahun, sekarang mungkin waktu terbaik untuk menjual emas. Hanya anda yang boleh menentukan sama ada sekarang adalah masa untuk menjual emas anda.
Lagipun, itu Emas andaIni adalah halaman rasmi untuk SayangEmas. Senarai di bawah ini adalah beberapa item yang anda boleh menjual di SayangEmas. Jika anda tidak pasti jika item anda dibuat dari salah satu logam, anda boleh membawanya kepada kami dan profesional kami boleh menyemak untuk anda. Pada masa kini, kami menggunakan alat uji yang tepat, yang boleh memastikan bahawa anda mendapat penilaian terbaik. Harga emas pada tahun ini adalah tinggi dan merupakan masa terbaik untuk menjual Emas. SayangEmas adalah tempat yang dipercayai bagi anda untuk menjual emas. Bahkan jika emas anda rosak atau bertukar warna, anda boleh menjualnya kepada SayangEmas. Kami memberikan jaminan bayaran yang tertinggi, sekiranya menjual emas di SayangEmas.
  • Jual Gelang Emas 
  • Jual Subang Emas 
  • Jual Rantai Emas 
  • Jual Cincin Emas 
  • Jual Emas Lama 
  • Jual Barang Kemas 
  • Jual Jam Tangan Emas 
Prosedure Transaksi Jualan 
  1. Barang emas diuji.   
  2. Emas diasingkan mengikut jenis-jenis emas (999/916/835/750/375).   
  3. Emas ditimbang dengan timbangan yang diluluskan oleh Jabatan Metrology.   
  4. Rundingan harga secara tawar-menawar dijalankan sehingga persetujuan   
  5. Butir-butir diri pelanggan dicatatkan.   
  6. Bayaran dijelaskan secara tunai.  

Tuesday, 3 January 2012

hasrat menjadi matlamat mencapai impian


















 APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG EMAS ?

             APA ITU KARAT ( K ) ?

             KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.
             24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.

             STANDARD KETULENAN EMAS BARU
            ( a )       999        Emas Tulen 99.9% kandungan emas.
                                       Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam
                                       24K mengikut ukuran lama 
           
            ( b )       950        Emas Kelantan atau Emas 9½

            ( c )       916.6     Emas Singapura
                                       22K mengikut ukuran lama

            ( d )       875

            ( e )       835

            ( f )        750         18K mengikut ukuran lama

            ( g )       585         14K mengikut ukuran lama

            ( h )       375         SUASA – 9K mengikut ukuran lama

            Emas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

     
             STANDARD KETULENAN PERAK
           
             ( a )       958.4

             ( b )       925

             ( c )       830

             ( d )       800

             STANDARD KETULENAN PLATINUM

             ( a )       950      bermakna 95.0% kandungannya.

              CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

              KARAT  X 100 = STANDARD KETULENAN
                              24

              CARA MENGUKUR KARAT

              STANDARD KETULENAN X 24  = KARAT
                                                  1000
         
              Contoh Pengiraan :
              Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat). 
              750  X  24 = 18K
                       1000

              Nama-nama lama panggilan kepada Emas :

             
             Emas Se Amas = 2.551 gm
       
             Emas Se Rial =2.70 gm
     
             Emas Se Kupang = 0.64 gm
           
             Emas 2 Kupang = 1.28 gm     ( Kupang Terengganu )
           
             Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
       
             Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm
     
             Emas 1 Mayam = 3.37 gm

             Hina Besi kerana karat        Mulia Emas kerana kilat

Share this topic on Facebook

logam bernilai


Rahsia Memaksimumkan Pelaburan ASB Menggunakan Pelaburan Emas

Unrated
Salam semua....
Post kali ini nak membongkar rahsia untuk memaksimumkan lagi pelaburan ASB anda, dengan menggunakan Pelaburan Emas sebagai ASET anda.


Ok, rahsia & teknik die simple aje...xperlu nak pening2 kepala pun nak mula buat...

Hari ni, BONUS ASB anda sepatutnya dah dapat... So, dari wang bonus tu, anda dah boleh mulakan pelaburan emas anda... Sebab apa dengan berbuat demikian akan menambahkan lagi pulangan anda???

Saya bg simple calculation... "Katakan"...


- anda buat ASB LOAN 50k pada awal tahun 2011...


- jumlah dividen ASB tahun ni ialah 8.8%...bermaksud anda akan dapat bonus sebanyak RM4400...


jika anda SIMPAN & BIARKAN dalam ASB tu untuk dapat lebih banyak dividen pada tahun ini, kita lihat ya...dari bonus anda tu, RM4400, kita anggar la tahun ni dapat dividen 9%... so, dari bonus tu, kita akan dapat pulangan sebanyak RM396 sahaja...

jika RM4400 tu anda mulakan pelaburan emaskatakantahun ni harga emas naik dalam 16% la..anggaran... So, anda dah untung sebanyak RM704 dari pelaburan emas tu....modal hanya dari BONUS ASB anda...

Ulang langkah2 tersebut setiap tahun...anda akan dapat menambahkan ASET emas anda yang sentiasa meningkat nilainya dari tahun ke tahun...

Itu kalau kenaikan 16%...tapi kalau naik lebih lagi, cmne??? 

Lagi banyak la untung...keadaan ekonomi skarang masih xstabil, so, jika banyak melihat berita2 ekonomi semasa, emas akan menjadi salah satu portfolio pelaburan yang lebih diyakini berbanding pelaburan2 bersandarkan nilai wang kertas sahaja...



***Psst... Donald Trump pun dah mula terima emas sebagai medium pembayaran sewa hartanah miliknya... Beliau dah nampak potensi emas pada masa akan datang....

Anda, bila lagi??
Ya, anda, yang tengah tersenyum tu tgk BONUS banyak sangat...hehe..yang ade ASB smpai 100-200k tu...bonus banyak kan?? If nak mulakan pelaburan emas, jangan malu jangan segan..